Litar Sepang, 30 September 2017. Seorang pelajar PUO, Mohd Hafiz Nor Azman atlet pelumba motor telah menaiki podium sebagai juara dalam Pirelli Malaysia Superbike Championship pusingan ke 3 yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 28-30 Julai 2017 bertempat di Litar Sepang, Selangor. Beliau merupakan pelajar semester 4 jurusan DAD dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal . Beliau bertanding dalam kategori Superstock. Menggunakan jentera motor Honda CBR1000RR beliau telah mencatatkan masa terpantas iaitu 2:12.618 mengalahkan pencabarnya dengan catatan 2:13.473 yang menduduki tempat ke dua. Syabas dan tahniah kepada pelajar ini.